Jun 25, 2012

Apa Yang Saya Pelajari Tentang Fotografi

hey yo and peace be upon you

1. Fotografi bukan utk menunjuk-nunjuk.
2. Buat sesuatu yg berlainan utk mencari kreativiti.
3. Cari gaya anda sendiri dlm fotografi.
4. Sentiasa bersabar.
5. Selalu pastikan kamera anda bersih
6. Bawa selalu tripod anda.
7. Tulis tip tentang fotografi, menulis juga satu cara kita belajar.
8. Tetapkan matlamat anda dan pastikan anda mendapatkannya.
9. Ambil bahagian dalam komuniti fotografi.
10. Terima kritikan tentang gambar anda.
11. Lebihkan kepada mencari komposisi daripada menekan butang 'shutter' yg banyak.
12. Perhatikan lokasi anda dgn hati dahulu, kemudian dgn kamera anda.
13. Dapatkan inspirasi dari hasil kerja jurugambar lain.
14. Ambil gambar anda sendiri.
15. Jangan meniru gaya jurugambar lain.
16. Baca byk buku/blog tentang fotografi.
17. Peralatan kamera terbaik adalah apa yg anda miliki sekarang.
18. Cari apa yg anda rasakan cantik.
19. Tidak semua benda anda boleh rakam.
20. Berkongsi blog gambar anda.
21. Terima pujian dan ucapkan terima kasih.
22.Berkongsi pengalaman fotografi anda dengan rakan.
23. Selalu ingat apa yg membawakan anda kepada fotografi.
24. Jangan rakam gambar seseorang yg tidak mahu gambarnya di rakam.
25. Hormati subjek anda.
26. Selalu lihat keliling, kadangkala subjek yg menarik ada di belakang kita.
27. Ingat, bukan kamera tetapi orang yg di belakang kamera.
28. Lebih banyak kesalahan yg anda buat, lebih banyak yg anda pelajari.
29. Percaya pada diri sendiri.
30. Jangan takut utk kotor.
31. Ambil perhatian tentang kualiti gambar anda.
32. Gambar yg anda ambil adalah imej anda.
33. Berterima kasih dengan komen yg di terima utk gambar anda.
34. jangan mudah percaya dengan LCD kamera anda.
35. Bawa kad memori yg lebih.
36. Ambil lebih shot jika anda fikir ianya sudah cukup.
37. Rancang apa yg anda hendak rakam.
38. Cetak gambar anda dalam saiz besar, ia menyeronokkan.
39. Belajar dari kesilapan, terus lihat kehadapan.
40. 10,000 gambar pertama adalah teruk.
41. Cuba berfikir di luar kotak. Cari idea baru dlm fotografi yg boleh di buat dan selalu bertanya; kenapa tidak?
42. Ingat tidak semua menyukai apa yg kita buat.
43. Kamera yg canggih tidak menjamin gambar yg baik.
44. Ilmu anda dalam fotografi yg menjanjikan gambar yg baik.
45. Cari mentor.





*nota alp : credit to bro FazerAhmad =B





alif.affandi

No comments:

Post a Comment

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop