dahulu kau ada di depan aku,
aku layan engkau nak taknak sahaja,
aku mengabaikan kau dan melayan kau jika aku mahu,
tetapi,
bila kau tiada dalam hidup aku,
aku mula mencari engkau kembali,
kerna aku sedar aku sunyi tanpa dirimu,
aku perlukan dirimu walaupun mulut ku tidak mengakuinya.
sekarang,
aku tiada dalam hidup engkau,
engkau berusaha mencari aku,
aku berusaha sedaya-upaya mengelak dari engaku,
kerna bila kita bersama,
apa sahaja yang aku buat,
engkau akan nampak aku salah,
maka dengan mendiamkan diri,
aku harap kita dapat berfikir dengan warasnya.
nota alp : kebosanan melanda diri, mood merapu merasuk dalam diri =B
No comments:
Post a Comment