berjaya atau gagal,
dua pilihan utama di dalam hidup ini,
kita ada pilihan antara pilihan tersebut.
ya atau tidak tuk berjaya,
ya atau tidak tuk gagal.
berjaya,
bagaimana kita berusaha tuk berjaya?
cukupkah usaha kita?
atau hanya hangat-hangat tahi ayam?
kita sedar usaha kita berada di tahap mana.
gagal,
tanpa usaha, kita akan gagal,
dengan usaha juga, kita mampu gagal,
gagal sentiasa ada dengan berjaya,
jika hari ini kita menjulang berjaya,
ada kemungkinan esok kita menjulang gagal pula.
ambil cermin dan lihat diri kita,
adakah kita sudah berusaha tuk berjaya dan terus berjaya?
atau usaha kita sekadar ingin merasai bagaimana rasanya berjaya itu,
selepas itu,
kita tidak kisah tuk gagal dan gagal tuk selamanya.
diri kita, hidup kita, terpulang pada diri kita sendiri.
kejayaan yang paling berjaya adalah,
bagaimana kita mengatasi kegagalan dalam hidup.
seksi itu subjektif,
begitu juga dengan hidup itu sendiri,
tanamkan dalam jiwa kita yang lurus ini,
hidup ini luas dan jauh perjalanannya.
belajar dan terus belajar.
kau, aku, kita, mereka dan semua, pasti akan berjaya.
No comments:
Post a Comment