setiap manusia ada buat kesilapan. kesalahan pada masa yang lalu.
tak dapat disangkal lagi. susah tuk kita menjaga kain yang putih, kekal putih.
ada yang bangga dengan kesilapan yang telah dibuat. ada yang menyesal dengan kesalahan yang telah dilakukan. ada yang tiada rasa apa-apa dengan apa yang telah berlaku.
aku? aku tidak bangga. tidak menyesal. tidak sama sekali. bagi aku, kesilapan, kesalahan dan kekhilafan yang aku buat sebelum ini, memberi aku pengalaman yang berharga tuk menempuhi kehidupan yang mendatang ini.
aku tidak menyesal tidak semestinya aku tidak akan bertaubat. insyaAllah aku akan bertaubat tapi mungkin aku masih sesat. masih sesat mencari Nur. jika Allah mengizinkannya, pasti aku akan temuinya.
ada manusia yang inginkan kehidupan baru sehingga sanggup menghilangkan ingatan mereka. hanya untuk melupakan apa yang telah mereka lalui sebelum ini. senangnya mereka ingin lari dari kesilapan yang mereka sendiri buat. sangat senang.
jika otak kita mampu diformat, pasti ramai yang akan format otak mereka. dan aku pasti, ex-ex aku turut serta tuk format otak mereka. aku jamin.
tapi aku, aku tidak akan format otak aku. aku sayangkan kenangan yang ada kerna daripada kenangan itu, akan menjadi pengalaman yang berharga buat aku. pengalaman yang mampu aku gunakan sebagai panduan untuk kehidupan sekarang dan akan datang.
tetapi ada kisah yang tertentu lebih baik untuk kita simpan dalam hati dan jangan sebarkan pada manusia yang lain kerna hati manusia kita tidak tahu. sedangkan warna panty manusia lain kita tidak tahu, inikan pula hati manusia. susah.
bagi aku, once aku dah memberitahu sesuatu kepada seseorang, dia adalah manusia yang aku percayai selepas keluarga aku. dan itu bermakna dia adalah someone yang special bagi aku.
aku sayang kenangan aku.
peace.*nota gigimancung: yang lepas telah lepas namun aku takkan membuangnya.
No comments:
Post a Comment