Aug 28, 2014

Carwashman

peace be upon you

hari ini, belum genap sebulan aku kerja dan aku telah berhenti. berhentinya aku dari kerja bukan kerna telah berputus asa mahupun penat tetapi kerana aku malas. hahahambar
dalam masa 24 hari aku bekerja di car wash sbg arkitek membasuh kereta, macam2 ragam customer kengkawan tempat kerja yg dapat aku alaminya. kalau ragam customer aku boleh terima lagi tapi ini ragam membe tempat kerja. kekadang boleh jadi bengang, jadi bangang pun boleh apatah lagi jadi gila.
kekadang aku tertanya diri aku sendiri,
"apasal la aku kerja dkt tempat cuci kereta ni. gaji takdelah sampai 10k. sigh."
tapi aku dapat rasakan sebelum aku nak bersenang-lenang nanti, aku nak rasa dulu apa itu kesusahan. apa itu keperitan. apa itu keletihan. apa itu kepenatan. apa itu kepeluhan. apa itu kedukaan. di dalam mencari duit. 
setelah aku memperolehi gaji, hati aku melonjak kegembiraan. kau pernah rasa melonjak atas katil mak bapak? kalau pernah, begitulah rasanya sebelum bontot dilibas dgn hanger.
lagi satu kenapa aku memilih menjadi jurutera membasuh kereta, aku suka berkhidmat utk masyarakat. aku suka melakukan kerja buat mereka dan moment paling best bila mereka senyum sambil berkata "terima kasih. awak kacak la." best gilak. kitak apa tahu. capmelan jela.






alif.affandi

No comments:

Post a Comment

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop