Edwin, seorang mahasiswa yang mempunyai rupa persis Edward Cullen. Beliau merupakan bekas kasanova yang berjaya memenangi hati wanita hanya dengan sekali jelingan sahaja. Dua kali jelingan dengan emak wanita itu sekali akan beliau dapat. Akan tetapi, beliau memilih untuk sekali jeling sahaja dan tidak akan sesekali membuat dua kali jelingan. Seram. Kenapa Edwin sekarang hanyalah bekas kasanova? Kisah tersebut akan dinovelkan. Sila tunggu.
Suatu hari, Edwin memandu kereta kancil super turbo nya dengan niat untuk mencuci mata seiring dengan membuang masa secara berhemah. Cuaca pada hari itu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk tetapi cukup untuk memberi sebab kenapa Edwin memakai kaca mata hitamnya. Persis Edward Cullen. Tiba di satu simpang tiga, kereta terlalu banyak sehinggakan Edwin terpaksa memberhentikan keretanya dan memasukkan gear 5 terus ke N. Selepas melihat bahagian kiri dan mendapati kereta semakin berkurangan, Edwin tanpa berfikir panjang terus menekan minyak dan memulas steering ke kanan. Tiba-tiba, BAM!!!!!!
Edwin terlanggar motorsikal yang berada di kanannya. Entah bila motorsikal itu ada di situ, Edwin kurang pasti. Yang pasti, Edwin telah melanggar sebuah motorsikal yang dinaiki sepasang suami isteri berketurunan 'rakyat Malaysia'. Di saat itu, Edwin mula merasai kewujudan entiti di telingan kanan dan kiri.
Pada bahagian telingan kanan, entiti itu mengatakan "Berhentilah. Kamu dah buat salah. Tolong mereka. Jangan lari."
Manakala di bahagian kiri pula, entiti tersebut berkata sebaliknya "Blah cepat. Jangn turun. Nanti kau kena belasah dengan lelaki itu. Dada dia dah la banyak bulu. Blah cepat."
Pada masa itu, akal mula memainkan perananya. Akal menyuruh hati, otak supaya menggerakkan tangan dan memulas steering ke bahu jalan dan akal juga menyuruh hati, otak supaya kaki menekan pedal brek. Entiti kanan menang.
Ceritanya di sini adalah kita jangan lari daripada masalah. Kita bayangkan motorsikal yang dilanggar itu adalah masalah. Kereta yang melanggar itu adalah diri kita. Kenderaan lain adalah watak yang belum diketahui watak sebenarnya lagi. Kita tidak tahu bila masalah akan datang pada kita dan kemungkinan kita sendiri akan datang kepada masalah itu.
Sekiranya kita dan masalah bertemu, adakah kita ingin melarikan diri? Adakah kita merasakan dengan melarikan diri adalah cara untuk menyelesaikan masalah tersebut? Tidakkan kita berfikir bahawa sekiranya kita lari daripada masalah, masalah akan mengejar kita dan akan menghantui hidup kita. Jika masalah itu mengejar kita seorang diri, itu tidak mengapa. Bagaimana jika masalah itu mengajak kenderaan lain supaya mengejar kita? Tidakkah di situ masalah yang dahulunya satu, sekarang menjadi 10, 100, 1000 macam masalah.
Jangan lari dari masalah. Face to face dengan masalah. Setiap rumah pasti ada pintunya. Jika tiada pintu, pasti ada tingkapnya. Jika tiada tingkap, pasti ada lubang jamban. Sama juga dengan masalah. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan khuatir. Masalah tidak boleh bersenam dan menyadokan badan dia tetapi kita manusia boleh.
No comments:
Post a Comment