May 17, 2015

Konvo dan Selfie

peace be upon you

aku tahu ramai dikalangan kita sudah tahu akan perkara yang berlaku semasa konvokesyen UiTM yang ke-82 iaitu seorang siswa yang sempat ber-selfie semasa mengambil skrol daripada Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub.

ada yang menganggap apa yang dia buat adalah cool dan maybe swag. ada juga yang mengatakan dia tidak sepatutnya buat sedemikian rupa dan biadap. ada juga yang mengatakan sedangkan kita sebagai manusia melanggar hukum Allah, apa salahnya kita melanggar hukum (protokol) yang dibuat oleh manusia.

di sini, aku berpendapat apa yang siswa itu buat di atas pentas adalah belum sesuai dilakukan di negara Malaysia yang masih dengan 'sopan-santun, berbudi bahasa dan lemah-lembut' rakyatnya. aku bukanlah tidak setuju kerana bagi aku apa yang dia buat adalah sangat berani dan aku salute di situ.

namun, aku masih berpendapat sebahagian daripada rakyat Malaysia masih menganggap apa yang dilakukan oleh saudara Hasrul itu tidak sesuai untuk majlis besar itu.




p/s: jika kita tidak mulakan, siapa yang akan mulakan?

No comments:

Post a Comment

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop