Feb 23, 2014

Diri Sendiri

peace be upon you

apa masalah di dalam dunia ini?
selain daripada politik, rasuah, seks bebas mahupun penindasan,
penting diri sendiri.
ya itu antara masalah dunia.

ianya bukan masalah dunia sejagat,
tapi masalah dunia aku,
bukan dunia engkau,
mahupun dunia sesiapa pun.

apabila aku mementingkan diri aku,
manusia sekeliling aku terasa,
apabila mereka terasa,
mereka juga akan mementingkan diri mereka sendiri.

berlakulah aktiviti balas dendam di situ.
barua.

aku cuba tuk mementingkan manusia lain,
jadikan diri aku nombor dua selepas mereka,
aku gagal,
gagal dan aku semakin sebati dalam diri ini.
dalam hidup ini.

maka,
aku dan pentingkan diri sendiri masih lagi bersama,
belum ada tanda-tanda ingin terpisah.
barua.

aku akan kehilangan ramai lagi manusia dalam hidup aku.
tunggu,





alif.affandi

No comments:

Post a Comment

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop