Aug 31, 2014

Mangsa Pemangsa

peace be upon you

bayi. kita dianggap seperti kain yang putih, bersih dan suci. masih dara dan teruna. belum dinodai. semakin lama, semakin besar. semakin besar, semakin nakal. bukan bayi tetapi masih manusia.

pernahkah terlintas di dalam hati, kita akan melukakan hati manusia lain? menyakitkan hati manusia lain seterusnya kita dibenci oleh mereka? pernah kita mengimpikan kehidupan seperti itu?

mereka kata luka dibadan lebih menyeronokkan berbanding luka di dalam hati. benarkah?

bagi yang tidak pengalaman dilukai di dalam perhubungan, mereka akan berkata "biar cacat hati jangan cacat anggota badan. nanti macam mana nak 'beraksi'." kata mereka.
bagi yang menjadi mangsa dalam perhubungan sesama manusia, akan ada bibit2 kata seperti "aku rela dikuburkan daripada menjadi mangsa kerakusan manusia yang ingin main2kan hati aku yang sudah hilang dara apatah lagi terunanya." kata mereka yang lain.

bagi mangsa, adakah mereka yang merelakan diri mereka dipermainkan seperti ragbi dan bola sepak? apabila si mangsa diperlukan, mereka dipeluk erat. ketat. tidak lepas dari tangan si pemangsa. apabila sudah tidak diperlukan, si mangsa di sepak jauh seperti bola sepak.

bagi pemangsa, adakah mereka sesuka hati ingin mempermainkan mangsa mereka? adakah mereka zombi yang inginkan hati mangsa mereka? selepas dijamah, mangsa ditinggalkan. terbaring kaku. lemah-longlai. terkangkang.

hidup ini umpama roda. kehidupan manusia seperti ferris wheel. kekadang berada di atas itu gayat, kekadang menyeronokkan. ada kala berada di bawah itu bosan, ada kala bawah itulah yang kita tunggu2kan.

bayi. kanak. remaja. dewasa. tua. mayat.
manusia.





alif.affandi 

No comments:

Post a Comment

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop