manusia itu boleh berubah. kita semua tahu.
hati boleh berubah. kita juga tahu.
bangunan boleh berubah. macam mana?
sumber: google image
kekadang ada perubahan itu kita nampak dan kita relakan ianya berlaku. ada perubahan secara jelas kita nampak tapi kita tak nak move on. kita masih menganggap orang itu masih ditakuk lama walaupun dia sudah berubah.
sekarang, aku mengerti sedikit perasaan bekas pencuri, bekas perogol, bekas pembunuh dan macam2 bekas lagi.
bekas pencuri. dia sudah dikenakan hukuman. dia sudah bertaubat.dia pergi ke kedai dan meneliti tin susu yang kemek itu. lantas ada suara dari belakang berkata, "haa. nak mencuri la tu. tak serik2 lagi."
sigh.
bekas perogol. dia sudah dikenakan hukuman. sudah disebat. sudah disontot di dalam penjara. dia sudah bertaubat. dia lalu depan tadika dan secara tiba2 nak dijadikan cerita, kanak2 berjantinakan vagina terjatuh. dia berlari menuju kanak2 itu untuk menolong. lantas ada suara yang menjerit dari jauh, "tolong!!! dia nak merogol budak2 itu."
sigh.
bekas pembunuh. ada ke bekas pembunuh yang dipenjarakan selepas itu dibebas? untuk mudahkan cerita, bekas pembunuh itu membunuh seekor lembu tanpa belas kasihan. dia sudah diganyang dgn teruk penduduk kampung. dia sudah bertaubat. dia lalu tepi sungai dan ternampak seekor kambing dihanyutkan arus sungai yg deras. dia bukak baju dan seluar. dia terjun dan menyelamatkan kambing betina itu. lantas ada suara yg membisik, "dah la membunuh binatang. lepas tu buat seks dgn kambing. so zoophilia."
manusia boleh berubah. kita ini manusia. kita boleh berubah. penjahat boleh menjadi ustaz. ustaz boleh menjadi perogol. nothing is impossible. try to understand people but, we have to understand ourself first.
No comments:
Post a Comment