peace be upon you
apa yang special-nya mengenai pembantu rumah terutamanya dari Indonesia? cara kerja merekakah? muka merekakah? percakapan merekakah? atau lenggok badan merekakah?
yang pasti keistimewaan mereka melebihi rakyat Malaysia sehingga ada uar-uar nak meminimumkan gaji pambantu rumah Indonesia daripada RM800 kepada RM1200. RM400 naik.
adakah kerajaan kesayangan kita akan mengikut cadangan dari kerajaan Indonesia? mestilah ikut. kalau tak ikut, nanti sakitnya tuh di sini sana susah pula. siapa nak urut kepada dan bahu kalau bukan pembantu rumah. ya tak?
kita terlalu bergantung dengan khidmat 'orang lain' untuk menjaga rumah, anak dan mungkin suami kita kerana kita terlalu sibuk mencari rezeki yang halal. tak salah namun sikap kebergantungan kita terhadap pembantu rumah membuatkan kerajaan Indonesia semakin besar kepala dan bagi mereka setiap cadangan mereka akan dituruti oleh kerajaan Malaysia.
namun, aku harap kita tidak ikut apa saja yang dicadangkan oleh mereka. gaji minimum penduduk di Malaysia berapa ringgit?
makan minum dan tempat tinggal pembantu rumah akan dicaj atau free of charge?
No comments:
Post a Comment