Jul 26, 2015

Macai

peace be upon you

Sekarang ini dalam dunia politik, jika kau berpegang pada parti A, apa yang parti A buat kau akan sokong. Jika betul, okaylah hendak menyokongnya. Jika tidak betul, kau masih mahu menyokongnya? Jika kau tegar pada parti A, kau akan tetap menyokong dan memperbetulkan apa yang salah. Tetapi, jika ada kesilapan yang dibuat oleh individu di dalam parti A namun kau tutup mata dan masih mengatakan apa yang dibuat itu adalah hak individu dan tidak ada kaitan dengan parti A, itu maknanya ada bias di situ.

Bila kau membandingkan apa yang parti A buat tidak sebesar dan tidak seteruk apa yang parti B buat, itu umpama kau ingin menghalalkan apa yang dibuat parti A hanya kerana kesalahan yang dibuat oleh parti A tidak seteruk kesalahan dan kecelakaan yang dibuat oleh parti B. Selagi kesalahan yang dibuat tidak sebesar parti B buat, itu bermakna parti A masih boleh melakukannya.

Sekiranya individu yang mempunyai kepentingan di dalam parti A mempunyai perangai yang teruk seperti berjudi di kedai kopi, membeli arak di kedai 7E dan menerima rasuah kurang daripada RM1K, itu masih boleh diterima dan dimaafkan hanya kerana perbuatan tersebut tidak dapat dikalahkan dengan individu parti B yang berjudi di kasino GH dan menerima rasuah seminimum RM10K. Selain itu, individu dari parti A adalah individu yang membela hak rakyat marhaen maka apa yang dia buat hanyalah bersifat peribadi dan tiada kaitan dengan parti.

Jika ini yang dipegang oleh kita, politik negara Malaysia akan bertukar menjadi politaik.



No comments:

Post a Comment

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop