Dec 29, 2013

Peluang

peace be upon you

di sekeliling kita ada banyak peluang, kita boleh ambil peluang itu bila-bila masa kita mahu,
hanya, adakah kita mengambil peluang itu tepat pada masanya ataupun sudah terlambat?





alif.affandi

Dec 28, 2013

Me

peace be upon you

"i'm over twenty years old but in front of my mother, i'm still a child." 
- pursuing the happiness





alif.affandi

Dec 26, 2013

Matang

peace be upon you

kekadang kita merasakan kita sudah cukup matang tuk hadapi kehidupan dalam dunia ini. tapi kita salah.
kita masih belum mancapai tahap kematangan yang maksimum. masih ada lagi sisi kebudak-budakkan dalam diri kita. mengaku atau tidak, kita tidak dapat menafikannya.

aku juga macam itu. aku ingat aku sudah matang tapi malangnya, tidak.

tuk matang, tidak bergantung berapa umur kita. 10, 20, 30 mahupun 40 tahun, tidak semestinya kita betul2 sudah matang. kalau benar umur 40 or 50 tahun itu sudah mencapai tahap kematangan yang maksimum, bagaimana dengan lelaki yang terkinja-kinja di dalam kelab dangdut?
matangkah itu?

sebenarnya kita sendiri tahu kita ini matang atau tidak. orang lain mampu melihatnya tapi mereka tidak mampu tuk menghakimi kematangan kita. kerana, mereka bukannya 24/7 dengan kita.
mungkin depan mereka kita dengan sifat kebudakan tapi bila kita mahu mandi, kita menunjukkan sifat matang kita. who knows right.

matang atau tidak, kita sendiri yang tentukan. 
matang bukan pada umur.





alif.affandi

Music #4

peace be upon you








alif.affandi

Dec 25, 2013

Exam

peace be upon you








alif.affandi

Hati

peace be upon you

bila kita jaga hati manusia, jangan ingat manusia akan menjaga hati kita, seperti mana kita lakukannya.

lain manusia, lain caranya.





alif.affandi

Dec 23, 2013

Love

peace be upon you

"love someone because you want to love them, don't love them just because someone else love them." - Personal Taste.





alif.affandi

Zaihasra

peace be upon you

Waktu bulan pucat di tengah langit
dalam kelam ku lihat bayang sendiri
tanpa suara dan segalanya
kecuali doa.

Tuhanku yang pengasih,
andaikata malam kabut begini
memberi pengertian untukku
seorang pencari cintamu
maka, kutadahkan setulus harap
dari kamar sempit ini
dari jendela kaca yang kaku.

Tuhanku yang pengasih,
berikanlah aku beberapa harapan lagi
untuk esok yang pasti tiba
demi segala kekuatan dan keunggulan-Mu
aku merasa semakin kecil.
Dan katakanlah mati memberikan pengertian
buat seorang yang bernama manusia
maka, kupinta kepada-Mu
suatu penangguhan.

Tuhanku yang pengasih,
demi kebesaran-Mu
aku tetap memohon
mentari masih bersinar esok dan esoknya.

Malam yang dikaburi kabut
dan bulan bersabit
aku meyakini sesuatu,
biarlah embun kasar tidak turun
membasahi sedikit ketenangan.
-zaihasra.
copypaste





alif.affandi

Dec 20, 2013

Throwback #1

peace be upon you








alif.affandi

Perbezaan

peace be upon you

aku sudah besar,
dan mungkin sudah matang,
mampu membezakan perkara baik,
mahupun perkara yang tidak baik.

namun aku lemah,
lemah dengan nafsu yang serakah ini,
aku masih melakukan,
perkara yang tidak sepatutnya aku buat.

ini sangat sial,
sangat barua,
sangat bodoh,
sangat tidak berperikemanusiaan sungguh,
diri aku ini.

aku kejam,
aku zalim,
aku jahat,
bukan sahaja terhadap diri sendiri,
bahkan terhadap manusia sekeliling aku.

maafkan aku,
ampuni aku,
aku manusia biasa,
yang tidak bisa belajar dari kesilapan,
kerna aku masih manusia.

"aku masih manusia"
kata-kata yang selalu diungkapkan,
oleh manusia yang sering melakukan kesilapan,
hanya tuk melarikan diri dari kesilapan yang telah dilakukannya,
manusia yang pentingkan diri sendiri. selfish.

aku sedar aku masih boleh perbaiki diri ini,
bimbinglah aku,
tunjukkan aku jalan yang sepatutnya kita berjalan bersama,
supaya kita seiriang sejalan ke jalan yang benar dan lurus.

aku tidak bisa membezakan kaca dan permata,
kerna nafsu aku lebih menyukai kaca yang tajam,
berbanding permata yang bersinar,
walaupun aku mempunyai akal.

akan aku perbaiki apa yang sepatutnya diperbaiki,
janganlah berputus asa,
kerna aku memerlukan manusia yang keras hati dan tidak mungkin berputus asa,
tuk memimpin aku.

aku percaya pada diri ini,
dan aku harap kau juga begitu,
setiap perbezaan yang ada,
adalah kesempurnaan tuk kita bersama.





alif.affandi

Dec 19, 2013

Murahal

peace be upon you

aku dalam dilema. di mana aku harus tinggal tuk semester depan? stay di rumah lama atau berpindah ke rumah baru?

kalau rumah baru yg sempat aku cari, jauh dgn fakulti tapi sewanya, MURAH.
tapi kalau rumah lama ni, dekat dgn fakulti tapi sewanya, MAHAL.

aku perlu fikir pasal bajet. ya. itu perkara paling penting bagi seorang student mcm aku ini. aku perlu duit tuk survive. aku bukannya bertuhankan duit tapi aku perlukan duit. korang faham tak?

aku buntu. 
peace





alif.affandi

Dec 18, 2013

Cinta

peace be upon you

Mana suka? Tanya aku kepada orang awam.
Orang awam menjawab, suka ada di merata-rata tempat.

Mana rindu? Tanya aku kepada musuh.
Musuh menjawab, rindu wujud bila perasaan suka itu dijumpai.

Mana kasih? Tanya aku kepada kawan.
Kawan menjawab, kasih ada bila adanya rindu.

Mana sayang? Tanya aku kepada emak.
Emak menjawab, sayang ada bila kau mula suka, rindu dan berkasih dengan orang itu

Mana cinta? Tanyaku kepada ayah.
Diam. Tiada jawapan.
Mana cinta? Tanyaku lagi.
Masih tidak ada jawapan. Aku bingung.
Aku tanya lagi dalam keadaan yang marah.
MANA CINTA?

 “Sudahlah. Biarkan ayahmu tenang di dunia sana.”


Itukah cinta?





alif.affandi

Dec 17, 2013

Always

peace be upon you


seriously, aku tak tahu mcm mana cerita korea ini ada dalam external aku. jadi, dalam kebosanan tak buat apa-apa, aku pun tengoklah cerita ini dan bagi aku, not bad. better than cerita INI. serious talk.
so bagi aku, cerita korea ini ada yang bagus. apa yg ada dlm belog aku ini, maknanya cerita itu memang bagus. serious talk.
peace





alif.affandi

Pengalaman

peace be upon you

setiap manusia ada buat kesilapan. kesalahan pada masa yang lalu.
tak dapat disangkal lagi. susah tuk kita menjaga kain yang putih, kekal putih.
ada yang bangga dengan kesilapan yang telah dibuat. ada yang menyesal dengan kesalahan yang telah dilakukan. ada yang tiada rasa apa-apa dengan apa yang telah berlaku.

aku? aku tidak bangga. tidak menyesal. tidak sama sekali. bagi aku, kesilapan, kesalahan dan kekhilafan yang aku buat sebelum ini, memberi aku pengalaman yang berharga tuk menempuhi kehidupan yang mendatang ini.

aku tidak menyesal tidak semestinya aku tidak akan bertaubat. insyaAllah aku akan bertaubat tapi mungkin aku masih sesat. masih sesat mencari Nur. jika Allah mengizinkannya, pasti aku akan temuinya.
ada manusia yang inginkan kehidupan baru sehingga sanggup menghilangkan ingatan mereka. hanya untuk melupakan apa yang telah mereka lalui sebelum ini. senangnya mereka ingin lari dari kesilapan yang mereka sendiri buat. sangat senang.
jika otak kita mampu diformat, pasti ramai yang akan format otak mereka. dan aku pasti, ex-ex aku turut serta tuk format otak mereka. aku jamin.

tapi aku, aku tidak akan format otak aku. aku sayangkan kenangan yang ada kerna daripada kenangan itu, akan menjadi pengalaman yang berharga buat aku. pengalaman yang mampu aku gunakan sebagai panduan untuk kehidupan sekarang dan akan datang.

tetapi ada kisah yang tertentu lebih baik untuk kita simpan dalam hati dan jangan sebarkan pada manusia yang lain kerna hati manusia kita tidak tahu. sedangkan warna panty manusia lain kita tidak tahu, inikan pula hati manusia. susah.
bagi aku, once aku dah memberitahu sesuatu kepada seseorang, dia adalah manusia yang aku percayai selepas keluarga aku. dan itu bermakna dia adalah someone yang special bagi aku.
aku sayang kenangan aku.
peace.

*nota gigimancung: yang lepas telah lepas namun aku takkan membuangnya.





alif.affandi


Dec 16, 2013

Chinta

peace be upon you

apa yang kau tahu tentang chinta?
mari sini aku tunjukkan apakah itu chinta.






alif.affandi

Dec 15, 2013

Kesah

peace be upon you

kisah aku di masa lampau,
tak ramai yang tahu,
kalau mereka tahu sekalipun,
hanyalah pada dasar sahaja.

sekilas ikan di air,
kita tahu jantan betinanya,
tapi apakan dayanya,
aku di luar tak semestinya aku di dalam.

sekiranya kau manusia terpilih,
terpilih oleh aku.

biar kau tahu kehidupan aku di masa lampau,
supaya kau lebih bersedia,
menempuh hari-hari mendatang,
bersama,
aku.





alif.affandi

Menang

peace be upon you

manusia sentiasa nak menang.
dari perkara baik, hinggalah perkara yang jahat.
manusia tetap nak menang.
menang kecil atau menang besar,
manusia dan menang, tetap bersama.





alif.affandi


Music #2

peace be upon you








alif.affandi

Dec 14, 2013

Marry me?

peace be upon you



pernah terfikir bagaimana aku perlu melamar bakal zaujah aku nanti. adakah dengan cara berlutut di hadapan orang ramai atau di dalam kereta atau melalui SMS ataupun di depan keluarga dia? everyday i think about this. sweet right? hahaha
tapi masih terlalu awal. assignment pun masih terkial-kial nak buat ada hati nak bersenggama secara sah dgn wanita.
peace





alif.affandi

Dec 13, 2013

Music #1

peace be upon you

 





alif.affandi

Sejarah

peace be upon you

ada manusia kata, jangan ingat perkara yang sudah berlaku. kekadang aku juga nasihat rakan2 aku, ""jangan ingat apa yg dah berlaku. sentiasa pandang depan." tapi aku silap. salah.

pandang depan tak semestinya maju, pandang belakang tak semestinya mundur.

kekadang kita perlu berhenti pandang depan dan mula memandang apa yang ada dibelakang kita. imbas kembali apa yang telah berlaku. ingat apa yang telah kita buat. muhasabah diri.
suka atau tida, sayang atau benci, perkara yang lepas itulah yang diri kita pernah buat. apa yang pernah masuk dan keluar dalam hidup kita, itulah kenangan. itulah pengalaman. dan itulah sejarah hidup kita.
kita tidak mampu tuk mengubahnya. tidak. walaupun kita hilang ingatan, kenangan itu tetap ada cuma kita tidak mampu mengingatinya.
jangan membenci apa yang telah kita buat. itulah diri kita yang sebenarnya. mungkin tuk sebelum ini. sekarang ini, diri kita, kita lah yang menentukannya.
peace





alif.affandi

Ponteng

peace be upon you

hari ini, pada saat ini, ketika ini, aku ponteng kelas lagi. congratulation. aku ponteng kelas yang aku repeat. congratulation again. 
bagaimana masa depan aku nanti? aku taktahu. aku harap aku menjadi manusia yang berguna tuk agama, keluarga, bangsa, negara dan manusia sekeliling aku. aku berharap sangat ni.
peace.




alif.affandi

akukau

peace be upon you

kau kuat, kau besar, kau tegap,
aku akui.
kau ada kehidupan engkau.
aku akui. kau pun akui juga.
jadi,
kenapa perlu ganggu hidup orang lain?
kenapa perlu ganggu hidup aku?
hidup kau tak seronok ke?
sedih.





alif.affandi

Dec 10, 2013

Tolong

peace be upon you

put the blame on me
please





alif.affandi

Dec 3, 2013

Darjat

peace be upon you

jelik. jelik aku dengan manusia yg terlalu memandang kepada darjat dan pangkat ini. dah la terlalu memandang pada pangkat, lepas itu berkira pulak kalau pangkat yg dia ada itu tidak disebut.

A : "assalamualaikum Tuan B."
B : ""Tuan? maaf. awak tahu tak saya ada pangkat Datuk. tolong hormat pangkat yg saya ada ini. awak ingat senang ke nak dapat pangkat ini? bukan semua orang ada pangkat Datuk mcm mana saya dapat ini. awak tahu tak? kerajaan dah bagi pangkat ini kepada saya maka saya kena gunakannya sebaik mungkin. tolong hormat pangkat yg ada pada saya ini. faham?"
A : "faham DATUK."

tiada perkataan lain yg mampu aku gunakan selain daripada perkataan jelik. annoying. seriously jelik bin annoying. adakah hormat manusia itu pada manusia lain pada panggilan atau pada cara manusia itu? belajar tinggi tapi narrow minded. you have brain but you don't use it wisely. pity you.

kekadang kami rakyat marhaen ini bukannya sengaja taknak panggil DATUK DATO TANSRI TUN tu semua, kami tidak sengaja. at least kami still panggil Tuan atau Encik. masih ada hormat di situ daripada kami panggil "hoi! macai" lagi terukkan.






alif.affandi

Nov 24, 2013

Miracle in cell no 7

peace be upon you



aku baru tengok filem ini dan seriously, aku menangis. damn. berbaloi tengok berulang kali. berbaloi-baloi. dan cerita ini aku rasa sangat dekat dgn aku walaupun ayah aku tak pernah masuk lokap, apatah lagi penjara. aku dapat rasa apa yg budak itu rasa walaupun dia di Korea dan aku di sini, Malaysia.
selepas menonton filem ini, aku semakin merindui arwah ayah aku.





alif.affandi

Nov 22, 2013

Maaf

peace be upon you

maaf.
aku manusia.
bertuhankan Tuhan. 
belum lagi bertuhankan syaitan. 
minta dijauhkan
walaupun aku berperangai seperti syaitan.
maaf.





alif.affandi

Nov 21, 2013

Childish

peace be upon you

It is mine,
It is my own.
I do not want to share it.
It is my own.
It is mine.
I will not let you to take it.
It is mine.
It is my own.
I cannot bear to lose it.
It is my own.
It is mine.
I’d die before you have it.

Because everything mine is forever mine.

And you can lay off of it.

by Jasmin Hassan





alif.affandi

Nov 20, 2013

Fikir

peace be upon you

Wanita cantik atau hodoh,
Engkau pilihlah.
Lelaki tampan atau buruk,
Engkau pilihlah.
Maksiat haram atau maksiat halal,
Engkau pilihlah.
Tunang atau kahwin,
Engkau pilihlah.
Kecil-kecilan atau besar-besaran,
Engkau pilihlah.
Banglo atau kondominium,
Engkau pilihlah.
Malam Jumaat atau malam Sabtu atau malam Ahad atau setiap malam adalah malam Jumaat,
Engkau pilihlah.
suka posisi dia depan atau dia baring,
Engkau pilihlah.
Sedikit atau ramai anak,
Engkau pilihlah.
Suri rumah atau berkerjaya,
Engkau pilihlah.
Kerajaan atau swasta,
Engkau pilihlah.
Rajin atau malas,
Engkau pilihlah.
Setia atau pasang dua tiga hingga empat,
Engkau pilihlah.
Dosa atau pahala,
Engkau pilihlah.
Pilihlah jalan hidup engkau.

Ada otak beserta akal, maka fikirlah.





alif.affandi

Nov 19, 2013

Aku dan Pengalaman

peace be upon you

aku tahu, ada certain manusia yg menganggap aku bajet baik dgn post status/tweet yg menampakkan kesalahan orang lain. aku tahu. i can feel it. aku akui ada certain status/tweet mengenai orang lain tapi bukankah aku ini manusia yg ada pengalaman hidup. tidakkah mereka sedar akan hal itu?
i have my own experiences and i also take a look around people experiences. is it wrong?
aku bukan bajet bagus. aku mmg masukkan diri aku dalam setiap status/tweet aku sbb hampir apa yg aku postkan itu, aku pernah laluinya. percayalah, setiap manusia ada sisi gelapnya. aku cuba memotivasikan diri aku and at the same time i try to tell people what is good and bad, walaupun aku masih buat benda jahat. aku ini manusia, kalau korang nak tahu la kan.
dan manusia biasa ini akan terus hidup selagi Tuhan dia tak mengarahkan malaikat tuk mencabut nyawa dia.





alif.affandi

D

peace be upon you

Disaat manusia lain baru bangun dari kematian yang sementara,
Dia tidak bangun,
Dia juga tidak tidur.
Disaat manusia lain membersihkan diri dari bauan yang kurang menyenangkan,
Dia tidak ikut serta,
Dia setia dengan bauan yang ada.
Disaat manusia lain gigih mencari rezeki yang terbentang luas,
Dia tidak seperti itu,
Dia menantikan rezeki yang datang.
Disaat manusia lain bercumbu-cumbuan,
Dia tidak mengerti apa itu cumbuan,
Dia juga tidak tahu apa itu penetrasi.
Disaat manusia lain melakukan ritual agama,
Dia tidak berganjak dari tempatnya,
Dia tidak tahu apakah itu agama.
Dia buntu mencari siapakah dirinya yang sebenar,

Dia masih begitu, masih setia, setia hingga hujung nyawa.





alif.affandi

Nov 16, 2013

Kisah kita

peace be upon you

kisah bagaimana yang aku inginkan?
kisah bagaimana yang mampu buat aku gembira?
kisah bagaimana yang boleh buat engkau bahagia?
kisah bagaimana yang dapat menyatukan engkau dan aku?
kisah kita.





alif.affandi

Nov 14, 2013

Daripada terseksa...

peace be upon you

daripada terseksa, lebih baik aku mengambil keputusan yang memberi kebaikan kpd manusia sekeliling aku. nampak macam kejam, tapi jika itu yang terbaik, aku rela.






alif.affandi

Nov 12, 2013

Ada hadnya...

peace be upon you

kelajuan di lebuh raya ada hadnya,
kuota kahwin lelaki ada hadnya,
bergurau-senda ada hadnya,
kesabaran ada hadnya.
semua ada hadnya, sedar atau tidak.





alif.affandi

Nov 11, 2013

Aku cuba...

peace be upon you

aku cuba buat yang terbaik untuk diri aku,
aku cuba buat yang terbaik untuk keluarga aku,
aku cuba buat yang terbaik untuk sahabat aku,
aku cuba buat yang terbaik untuk dia,
adakah mereka tahu?

aku cuba berlaku adil terhadap diri aku,
aku cuba sebaik-mungkin menghormati keluarga aku,
aku cuba menyayangi sahabat aku,
aku cuba mencintai dia sepenuh hati aku,
adakah mereka sedar?

aku cuba memuaskan diri aku sendiri,
aku cuba membanggakan keluarga aku,
aku cuba menggembirakan sahabat aku,
aku cuba membahagiakan dia,
adakah mereka dapat rasa?

aku tidak kisah.
aku ikhlas.





alif.affandi 

Nov 9, 2013

truth does not...

peace be upon you

"truth does not always hold happiness, and happiness does not always hold truth."
- someone






alif.affandi

Esok Tangkap Gambar

peace be upon you

esok aku akan menangkap gambar manusia-manusia yang akan grade. sidang pertama pulak tu. ada TYT Sarawak. fuhhh!
may Allah bless me.





alif.affandi

Nov 8, 2013

Manusia depan sana...

peace be upon you

manusia di hujung sana buat dosa,
aku tegur.
aku perli.

manusia di depan mata aku buat dosa,
aku tegur juga,
tapi dalam hati,
tapi mulut,
aku diam.
membisu.

engkau melihat gelagat aku,
tersenyum sinis.





alif.affandi

Nov 7, 2013

Tidur

peace be upon you

baring.
baca doa.
tutup mata.
peluk bantal.
guling-guling.
tidur.





alif.affandi
My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop