peace be upon you
aku sudah besar,
dan mungkin sudah matang,
mampu membezakan perkara baik,
mahupun perkara yang tidak baik.
namun aku lemah,
lemah dengan nafsu yang serakah ini,
aku masih melakukan,
perkara yang tidak sepatutnya aku buat.
ini sangat sial,
sangat barua,
sangat bodoh,
sangat tidak berperikemanusiaan sungguh,
diri aku ini.
aku kejam,
aku zalim,
aku jahat,
bukan sahaja terhadap diri sendiri,
bahkan terhadap manusia sekeliling aku.
maafkan aku,
ampuni aku,
aku manusia biasa,
yang tidak bisa belajar dari kesilapan,
kerna aku masih manusia.
"aku masih manusia"
kata-kata yang selalu diungkapkan,
oleh manusia yang sering melakukan kesilapan,
hanya tuk melarikan diri dari kesilapan yang telah dilakukannya,
manusia yang pentingkan diri sendiri. selfish.
aku sedar aku masih boleh perbaiki diri ini,
bimbinglah aku,
tunjukkan aku jalan yang sepatutnya kita berjalan bersama,
supaya kita seiriang sejalan ke jalan yang benar dan lurus.
aku tidak bisa membezakan kaca dan permata,
kerna nafsu aku lebih menyukai kaca yang tajam,
berbanding permata yang bersinar,
walaupun aku mempunyai akal.
akan aku perbaiki apa yang sepatutnya diperbaiki,
janganlah berputus asa,
kerna aku memerlukan manusia yang keras hati dan tidak mungkin berputus asa,
tuk memimpin aku.
aku percaya pada diri ini,
dan aku harap kau juga begitu,
setiap perbezaan yang ada,
adalah kesempurnaan tuk kita bersama.
alif.affandi