Aug 31, 2014

Mangsa Pemangsa

peace be upon you

bayi. kita dianggap seperti kain yang putih, bersih dan suci. masih dara dan teruna. belum dinodai. semakin lama, semakin besar. semakin besar, semakin nakal. bukan bayi tetapi masih manusia.

pernahkah terlintas di dalam hati, kita akan melukakan hati manusia lain? menyakitkan hati manusia lain seterusnya kita dibenci oleh mereka? pernah kita mengimpikan kehidupan seperti itu?

mereka kata luka dibadan lebih menyeronokkan berbanding luka di dalam hati. benarkah?

bagi yang tidak pengalaman dilukai di dalam perhubungan, mereka akan berkata "biar cacat hati jangan cacat anggota badan. nanti macam mana nak 'beraksi'." kata mereka.
bagi yang menjadi mangsa dalam perhubungan sesama manusia, akan ada bibit2 kata seperti "aku rela dikuburkan daripada menjadi mangsa kerakusan manusia yang ingin main2kan hati aku yang sudah hilang dara apatah lagi terunanya." kata mereka yang lain.

bagi mangsa, adakah mereka yang merelakan diri mereka dipermainkan seperti ragbi dan bola sepak? apabila si mangsa diperlukan, mereka dipeluk erat. ketat. tidak lepas dari tangan si pemangsa. apabila sudah tidak diperlukan, si mangsa di sepak jauh seperti bola sepak.

bagi pemangsa, adakah mereka sesuka hati ingin mempermainkan mangsa mereka? adakah mereka zombi yang inginkan hati mangsa mereka? selepas dijamah, mangsa ditinggalkan. terbaring kaku. lemah-longlai. terkangkang.

hidup ini umpama roda. kehidupan manusia seperti ferris wheel. kekadang berada di atas itu gayat, kekadang menyeronokkan. ada kala berada di bawah itu bosan, ada kala bawah itulah yang kita tunggu2kan.

bayi. kanak. remaja. dewasa. tua. mayat.
manusia.





alif.affandi 

MERDEKA 57 TAHUN

peace be upon you

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57

MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA

sumber: internet





alif.affandi

Aug 30, 2014

Couple

peace be upon you

perhubungan itu ada sweet and sour nya. jangan harap hanya ada kemanisan dalam sesebuah perhubungan itu. mustahil. masam, pahit dan tawar pasti akan ada.
aku mengharapkan perhubungan seperti arwah ayah aku bersama isteri beliau iaitu emak aku.
bila seorang tengah panas, seorang lagi sejukkan. bila seorang tengah marah, seorang lagi akan diam. bila seorang tengah gedik, seorang lagi layankan je. bila seorang minta maaf, seorang lagi memaafkan.

masih adakah lagi?





alif.affandi  

Aug 28, 2014

Carwashman

peace be upon you

hari ini, belum genap sebulan aku kerja dan aku telah berhenti. berhentinya aku dari kerja bukan kerna telah berputus asa mahupun penat tetapi kerana aku malas. hahahambar
dalam masa 24 hari aku bekerja di car wash sbg arkitek membasuh kereta, macam2 ragam customer kengkawan tempat kerja yg dapat aku alaminya. kalau ragam customer aku boleh terima lagi tapi ini ragam membe tempat kerja. kekadang boleh jadi bengang, jadi bangang pun boleh apatah lagi jadi gila.
kekadang aku tertanya diri aku sendiri,
"apasal la aku kerja dkt tempat cuci kereta ni. gaji takdelah sampai 10k. sigh."
tapi aku dapat rasakan sebelum aku nak bersenang-lenang nanti, aku nak rasa dulu apa itu kesusahan. apa itu keperitan. apa itu keletihan. apa itu kepenatan. apa itu kepeluhan. apa itu kedukaan. di dalam mencari duit. 
setelah aku memperolehi gaji, hati aku melonjak kegembiraan. kau pernah rasa melonjak atas katil mak bapak? kalau pernah, begitulah rasanya sebelum bontot dilibas dgn hanger.
lagi satu kenapa aku memilih menjadi jurutera membasuh kereta, aku suka berkhidmat utk masyarakat. aku suka melakukan kerja buat mereka dan moment paling best bila mereka senyum sambil berkata "terima kasih. awak kacak la." best gilak. kitak apa tahu. capmelan jela.






alif.affandi

Aug 10, 2014

Puisi Satu Petang

peace be upon you

lokasi: Khizanat, Ipoh.
tarikh: 8 Ogos 2014

























last but not least







alif.affandi

Aug 3, 2014

Quote of The Day #26

peace be upon you

"I like to have strong opinions with nothing to back them up with besides my primal sincerity. I like sincerity. I lack sincerity."
- Kurt Cobain





alif.affandi

ERA39B

peace be upon you


aku tertarik untuk beli buku ini kerna dikatakan buku ini diharamkan drpd diterbitkan secara terbuka maka buku ini diterbitkan secara underground. maka aku dah interested gila dengan pernyataan itu so aku beli la buku ini. tapi buku ini berkaitan apa sampai diharamkan?

kalau korang boleh cam cover dia maka korang memang rock la. well, buku ini berkisarkan mengenai ganja ataupun kanabis. secara kasarnya buku ini bukanlah menceritakan ganja itu haram, kanabis itu jijik dan baca buku ini berdosa. bukan. sebaliknya berlaku di dalam buku ini.

bila aku dapat buku ini, aku tertanya juga "apa jadah tu era 39b?". kalau 32 cup B aku tahulah. aku pun google and i find out that era 39B is about dangerous drugs act 1952. so kalau 39B tu pulak ia mengenai trafficking in dangerous drugs. aku nak ngomel pasal akta ni pun aku tak berapa nak tahu. bukannya aku malas membaca cuma kerajinan utk membaca akta ini tiada.

mengenai buku ini, apa yg aku boleh katakan adalah ia mengenai perjuangan seorang individu bersama kengkawan beliau yg berjuang utk keadilan ganja itu. adalah tidak adil memberi hukuman kepada ganja yg mampu memberikan kebaikan kepada manusia itu sendiri.

apa yg aku tahu selepas menggoogle, if we use cannabis in a good ways, it can give positive effect to ourself but if we take it in a negative ways, it would be harmful to our bodies. 

melalui buku ini juga aku tahu di luar sana ramai kumpulan yg memperjuangkan apa yg mereka ingin perjuangkan. bagi group Targas ini, secara kasarnya mereka ingin akta 39B ini dirombak dan dihalalkan penggunaan ganja ini tapi halal bukan halal yg sewenang-wenangnya.

bagi aku, buku ini tidak terlalu membosankan tapi tidak terlalu menyeronokkan. maybe sebab aku bukanlah pengguna ganja. tapi utk mendapatkan informasi dan mencari pengalaman manusia lain, buku ini memang sesuai utk dibaca.

2.5/5.





alif.affandi 

Aug 2, 2014

Putih > Hitam

peace be upon you

cukup, cukup dan sudah.
cukuplah takat itu sahaja kisahnya.
sampai bila lagi kita ingin berterusan sebegini rupa.
tidak penatkah kita?
asyik berkepit dengan kisah gelap.
bagaimana dengan kisah terang?

sudah tiba masanya kita berkongsi kisah terang daripada kisah gelap.





alif.affandi
My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop