May 31, 2015

Pembantu Rumah lwn Rakyat Malaysia

peace be upon you

apa yang special-nya mengenai pembantu rumah terutamanya dari Indonesia? cara kerja merekakah? muka merekakah? percakapan merekakah? atau lenggok badan merekakah?
yang pasti keistimewaan mereka melebihi rakyat Malaysia sehingga ada uar-uar nak meminimumkan gaji pambantu rumah Indonesia daripada RM800 kepada RM1200. RM400 naik.

adakah kerajaan kesayangan kita akan mengikut cadangan dari kerajaan Indonesia? mestilah ikut. kalau tak ikut, nanti sakitnya tuh di sini sana susah pula. siapa nak urut kepada dan bahu kalau bukan pembantu rumah. ya tak?

kita terlalu bergantung dengan khidmat 'orang lain' untuk menjaga rumah, anak dan mungkin suami kita kerana kita terlalu sibuk mencari rezeki yang halal. tak salah namun sikap kebergantungan kita terhadap pembantu rumah membuatkan kerajaan Indonesia semakin besar kepala dan bagi mereka setiap cadangan mereka akan dituruti oleh kerajaan Malaysia.

namun, aku harap kita tidak ikut apa saja yang dicadangkan oleh mereka. gaji minimum penduduk di Malaysia berapa ringgit?
makan minum dan tempat tinggal pembantu rumah akan dicaj atau free of charge?

May 22, 2015

Mendatar

peace be upon you

entah kenapa sebelum nak present something, keyakinan aku memuncak tinggi.
dua tiga minit sebelum naik ke pentas, darah gemuruh mula menguasai diri.
semasa di atas pentas, apa yang aku plan nak cakap, tak tercakap.
dan aku cakap dalam keadaan gagap level 1, suara aku mendatar. bosan.
sigh!

May 17, 2015

Konvo dan Selfie

peace be upon you

aku tahu ramai dikalangan kita sudah tahu akan perkara yang berlaku semasa konvokesyen UiTM yang ke-82 iaitu seorang siswa yang sempat ber-selfie semasa mengambil skrol daripada Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub.

ada yang menganggap apa yang dia buat adalah cool dan maybe swag. ada juga yang mengatakan dia tidak sepatutnya buat sedemikian rupa dan biadap. ada juga yang mengatakan sedangkan kita sebagai manusia melanggar hukum Allah, apa salahnya kita melanggar hukum (protokol) yang dibuat oleh manusia.

di sini, aku berpendapat apa yang siswa itu buat di atas pentas adalah belum sesuai dilakukan di negara Malaysia yang masih dengan 'sopan-santun, berbudi bahasa dan lemah-lembut' rakyatnya. aku bukanlah tidak setuju kerana bagi aku apa yang dia buat adalah sangat berani dan aku salute di situ.

namun, aku masih berpendapat sebahagian daripada rakyat Malaysia masih menganggap apa yang dilakukan oleh saudara Hasrul itu tidak sesuai untuk majlis besar itu.




p/s: jika kita tidak mulakan, siapa yang akan mulakan?

May 10, 2015

Ketua Kumpulan

peace be upon you

aku dapat merasakan betapa aku belum layak bersalam dengan bakal bapak mertua aku dan seterusnya menjadi suami kepada isteri aku dan seterusnya menjadi ketua keluarga.
nak jadi ketua kumpulan bagi assignment pun aku rasa macam hampeh, inikan pula nak jadi ketua keluarga. barai.
My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop