Aug 21, 2015

Syukur

peace be upon you

Once you know how to bersyukur, you will appreciate what you have in your life. It doesn't matter people see it in a negative ways but the most important is, how you see it.

Aug 8, 2015

Marilah Menderma

peace be upon you


Dahulunya aku takut. Takut sakit, takut jarum dan macam-macam takut lagi. Tetapi bila difikirkan balik, dah mati nanti aku tak fikir dah sakit jarum ini semua, aku fikir azab kubur dan neraka saja nanti. Itu lagi menyeramkan.

Aku sudah. Korang bila lagi? 

Aug 2, 2015

RM1K

peace be upon you



Bila aku ingin beli air kotak ataupun nescafe dan kedai yang berdekatan dengan aku adalah 7E, sudah semestinya aku akan pergi ke 7E. Bila dah pilih air dan nak bayar, buka saja dompet yang ada hanyalah duit syiling 50 sen dan duit kertas RM50. RM50.

Soalan lazim yang akan ditanya adalah;

"Duit kecik takde ke abang?"
"Kami takde duit kecik la abang."

Dan akan datang MUNGKIN akan ada duit kertas RM1000.
Bayangkan...

Jul 26, 2015

Word Of The Day #28

peace be upon you


“Don’t feel stupid if you don’t like what everyone else pretends to love.”
- Emma Watson

Macai

peace be upon you

Sekarang ini dalam dunia politik, jika kau berpegang pada parti A, apa yang parti A buat kau akan sokong. Jika betul, okaylah hendak menyokongnya. Jika tidak betul, kau masih mahu menyokongnya? Jika kau tegar pada parti A, kau akan tetap menyokong dan memperbetulkan apa yang salah. Tetapi, jika ada kesilapan yang dibuat oleh individu di dalam parti A namun kau tutup mata dan masih mengatakan apa yang dibuat itu adalah hak individu dan tidak ada kaitan dengan parti A, itu maknanya ada bias di situ.

Bila kau membandingkan apa yang parti A buat tidak sebesar dan tidak seteruk apa yang parti B buat, itu umpama kau ingin menghalalkan apa yang dibuat parti A hanya kerana kesalahan yang dibuat oleh parti A tidak seteruk kesalahan dan kecelakaan yang dibuat oleh parti B. Selagi kesalahan yang dibuat tidak sebesar parti B buat, itu bermakna parti A masih boleh melakukannya.

Sekiranya individu yang mempunyai kepentingan di dalam parti A mempunyai perangai yang teruk seperti berjudi di kedai kopi, membeli arak di kedai 7E dan menerima rasuah kurang daripada RM1K, itu masih boleh diterima dan dimaafkan hanya kerana perbuatan tersebut tidak dapat dikalahkan dengan individu parti B yang berjudi di kasino GH dan menerima rasuah seminimum RM10K. Selain itu, individu dari parti A adalah individu yang membela hak rakyat marhaen maka apa yang dia buat hanyalah bersifat peribadi dan tiada kaitan dengan parti.

Jika ini yang dipegang oleh kita, politik negara Malaysia akan bertukar menjadi politaik.



May 31, 2015

Pembantu Rumah lwn Rakyat Malaysia

peace be upon you

apa yang special-nya mengenai pembantu rumah terutamanya dari Indonesia? cara kerja merekakah? muka merekakah? percakapan merekakah? atau lenggok badan merekakah?
yang pasti keistimewaan mereka melebihi rakyat Malaysia sehingga ada uar-uar nak meminimumkan gaji pambantu rumah Indonesia daripada RM800 kepada RM1200. RM400 naik.

adakah kerajaan kesayangan kita akan mengikut cadangan dari kerajaan Indonesia? mestilah ikut. kalau tak ikut, nanti sakitnya tuh di sini sana susah pula. siapa nak urut kepada dan bahu kalau bukan pembantu rumah. ya tak?

kita terlalu bergantung dengan khidmat 'orang lain' untuk menjaga rumah, anak dan mungkin suami kita kerana kita terlalu sibuk mencari rezeki yang halal. tak salah namun sikap kebergantungan kita terhadap pembantu rumah membuatkan kerajaan Indonesia semakin besar kepala dan bagi mereka setiap cadangan mereka akan dituruti oleh kerajaan Malaysia.

namun, aku harap kita tidak ikut apa saja yang dicadangkan oleh mereka. gaji minimum penduduk di Malaysia berapa ringgit?
makan minum dan tempat tinggal pembantu rumah akan dicaj atau free of charge?

May 22, 2015

Mendatar

peace be upon you

entah kenapa sebelum nak present something, keyakinan aku memuncak tinggi.
dua tiga minit sebelum naik ke pentas, darah gemuruh mula menguasai diri.
semasa di atas pentas, apa yang aku plan nak cakap, tak tercakap.
dan aku cakap dalam keadaan gagap level 1, suara aku mendatar. bosan.
sigh!
My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop