Jul 3, 2014

Makanan Percuma

peace be upon you

aku pernah sertai pemberian makanan percuma utk gelandangan di sekitar Ipoh. sekali dalam seumur hidup aku. selepas itu aku tak sertai mana2 aktiviti sebegitu bukan kerna aku taknak tapi sebab kekangan waktu membuatkan aku hanya mampu like sahaja gambar2 mereka mengagihkan makanan pada gelandangan.

walaupun aku hanya sertai sekali sahaja aktivit ini, aku sangat enjoy dan have fun. aku tidaklah terlibat dari membeli bawang, mengupas bawang dan menggoreng bawang. aku hanya tukang agihkan makanan kepada mereka yg memerlukan makanan sahaja tetapi aku tetap seronok.

ada something yg aku belajar dari aktiviti seperti ini. merendah diri walaupun kita ini kaya. kaya la sangatkan. kita ini selagi namanya manusia, kita ini sama sahaja. kalau beza pun, ada yg kaya dan miskin. ada yg bernasib baik dan kurang bernasib baik. jadi, kalau yg kaya tu, apa salahnya kita membantu yg miskin dan kurang bernasib baikkan. dapat pahala okay kalau niat ikhlas la.

aku ada nawaitu nak buat aktiviti FOOD FOR HOMELESS dkt Kuching atau Samarahan tapi tu la. niat jela yg aku mampu setakat ini. 
apa yg salahnya dgn gelandangan ini? mereka kotor? jijik? 
mereka ini tak mampu makan rasuah. mereka hanya mampu makan makanan yg kita beri ataupun mereka akan makan sampah. lebih elok dari makan rasuah.





alif.affandi


No comments:

Post a Comment

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop