Mar 24, 2014

Mar 17, 2014

Tamak

peace be upon you

dah bagi tangan, kau kata tak cukup.
aku bagi lengan sebagai tambahan, kau kata tak cukup.
laparnya kau.
aku bagi ketiak, kau kata masam baunya. kau taknak.
aku mengerti.
aku bagi betis, kau kata bawah sangat.
aku paham.
aku bagi paha pula, kau kata seronok. tembam kata kau.
aku tersenyum sipu.
kau minta punggung aku tuk dibandingkan dengan tangan kau.
peliknya pembandingan ini.
aku seronok.
tangan kau pandai bermain-main.
bawah pinggang kau dah jelajah.
atas bila lagi?
kau kata simpan tuk Khamis malam jumaat nanti.
jauh dalam dasar hati aku berkata,
"kau tamak."





alif.affandi

Mar 15, 2014

Sangkar

peace be upon you

aku lihat engkau,
cantik, kemas, anggun dan mempersonakan,
aku tertarik akan kelibat engkau,
andrenalin ku meningkat bila memegang engkau.
aku nekad.

aku pilih engkau,
walaupun disekeliling engkau,
ada yang lebih baik berbanding engkau,
aku persetankan itu semua,
aku tekad.

aku dengan engkau,
aku bersama dengan engkau tak kira masa,
pagi petang siang malam,
diri aku hanya untuk engkau,
aku nekad.

aku bersama engkau,
disaat mata ku terbuka aku lihat engkau,
disaat ku pejamkan mata aku rindukan engkau,
disaat aku lena dibuai mimpi,
aku mimpikan engkau,
aku nekad.

tapi,
aku terperangkap di dalam kehidupan yang aku pilih sendiri,
nafas aku sesak,
aku lemas dengan engkau,
aku cuba bertahan,
aku tahu aku mampu bertahan,
aku tahu aku kuat,
aku nekad untuk terus bertahan.

kerna aku tahu,
sayang aku,
cinta aku,
hanya untuk engkau,
wahai sangkar.





alif.affandi

Mar 14, 2014

24

peace be upon you

usia semakin meningkat,
jangka hayat kita semakin pendek.
kita semakin tinggi,
rumah kita semakin rendah.
tiada apa yang perlu dibanggakan umur meningkat,
kita perlu risau akan bekalan tuk akhirat nanti.

cukupkah? 
berat sudahkah bahu kanan aku ini?

24,
aku sekarang,
aku harap kematangan aku semakin meningkat,
aku harap aku mampu berfikiran lebih rasional,
lebih positif.
aku harap aku mampu menyumbangkan sesuatu,
sesuatu yang berguna untuk,
agamaku, keluargaku, orang-orang tersayang, rakan-rakanku, bangsaku, negaraku,
dan diri aku.
aku mampu mengubah,
jika aku mahukannya.

happy birthday to me.





alif.affandi

Mar 3, 2014

Bahagia

peace be upon you

bila manusia bahagia dan menunjukkan pada dunia, mereka kata manusia itu berlagak. show off. mereka kata "kau ingat kau sorang je ada bahagia dlm dunia ini." mereka kata.
bila manusia sakit dan tunjuk pada dunia, mereka kata manusia itu lemah. longlai. pondan. mereka kata "baru sakit sikit dan kecoh. dasar manusia takde skrotum." mereka kata lagi.

apa yang mereka mahu dari manusia ini? 
mereka mahu manusia ini jatuh tersungkur. tidak bangun. jatuh mencium kaki mereka. baru mereka puas. manusia itu di bawah mereka. hina. mereka bangga. mereka atas dan manusia itu bawah.
mereka adalah antara manusia yg ada dalam dunia ini. dunia pinjaman ini.





alif.affandi
My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop