Feb 21, 2014

Manusia Hebat

peace be upon you

sekiranya dapat aku memberhentikan masa,
membekukan manusia,
akan aku buktikan pada mereka,
akulah manusia paling hebat dalam sejarah dunia.

mereka akan aku baringkan,
mereka akan aku contengkan,
mereka akan aku botakkan,
mereka akan aku bogelkan.

disaat itu,
akan aku gerakkan masa,
gerakkan seperti biasa,
maka manusia akan hidup seperti biasa.

mereka mula sedar keadaan mereka yang sebenar,
mereka dalam keadaan yang mengaibkan, 
sama sesama mereka,
lalu mereka melihat aku,
lengkap berpakaian,
berambut lebat,
dan berdiri dengan megah.

baru mereka tahu,
akulah manusia hebat itu.

aku riak,
aku bongkak,
akulah Tuhan mereka.

aku terlupa,
di atas aku,
ada Tuhan yang sentiasa memerhatikan aku,
akan ada pembalasan.
nanti.




alif.affandi

No comments:

Post a Comment

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop