Dec 6, 2011

Aku Keliru

hey yo and assalamualaikum

aku keliru
adakah aku telah melakukan kesalahan?
adakah aku telah melukakan hati engaku?
adakah aku telah melukakan hati temanku?
adakah aku telah melukakan hati keluarga ku?

aku keliru
siapakah aku di dalam dunia yang fana ini?
siapakah aku di dalam hidup engkau?
siapakah aku di mata temanku?
siapakah aku jika keluarga aku tiada?

aku keliru
apakah tujuan aku dilahirkan di dunia ini?
apakah tujuan aku dengan engkau?
apakah tujuan aku bersama temanku?
apakah tujuan aku dengan keluargaku?

aku keliru
aku masih buat salah walaupun salah itu maknanya dosa
aku masih melukakan hati manusia walaupun luka itu menyakitkan
aku masih berasa riak walaupun riak itu sifat syaitan yang bangsat
aku masih tidak takut dengan neraka walaupun dalam neraka itu ada si bangsat syaitan

aku keliru
kenapa aku jadi macam ini?
adakah aku tidak pasti pada balasan Tuhan terhadap umatNya?
siapakah aku tok menghakimi manusia lain?
sedangkan aku masih terumbang - ambing mencari sinar dalam kehidupan ini


aku keliru
apa yang perlu aku lakukan tok merubah perangai ini
apa yang perlu aku lakukan tok mengubah hidup aku ini
aku tidak mahu masalah mengawal hidup aku
sehingga aku mempertuhankan masalah
dan mengetepikan Tuhan yang satu
kerna Dia lah aku berada di sini dan
kerna Dia lah aku masih bernyawa


jangan sesekali biarkan diri kita diselubungi kekeliruan
yang ingin menyesatkan kita

seterusnya mencampakkan kita ke dalam dunia yang bangsat






YANG MENAIP
alif_affandi

No comments:

Post a Comment

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
it's all about my eyes, my ears, my heart and my life..that's it and fullstop